Selasa, 14 Januari 2014

DL Norlizah.....Kejayaan Menjadi Diamond Leader Dalam Tempoh 2 Bulan Sahaja....


ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA..

Seperti Perkongsian di dalam Team V4U Skype Meeting pada 9hb Disember 2013






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…..
Terima kasih kepada DL Sarina yang merupakan host kita pada malam ini kerana memberi peluang pada saya utk berkongsi kejayaan saya mencapai
ranking “DIAMOND LEADER” dalam tempoh 2 bulan. Sebelum memulakan meeting saya nak semua bersemangat dan laungkan kata-kata OooooooYesss.





Bersama Star Royal Ambassador
Matt Morrow



Saya Norlizah Binti Jaaman kepada sesiapa yang belum mengenali diri saya. Berasal dari Muar Johor dan menetap di Petaling Jaya, Selangor. Mempunyai 4 org cahaya mata. Sebelum ni saya bekerja di salah sebuah syarikat kewangan di Subang Jaya selama 17 thn tetapisekarang dah buat fulltime Vemma di rumah sahaja.
Syukur dan terima kasih kepada enroller saya Shila Jaaman iaitu adik saya kerana memberi peluang kepada saya untuk menjalankan bisnes ini. Walaupun pada awalnya beliau hanya meminjam nama saya untuk membeli produk bagi keperluan mak saya.

WHY VEMMA???

Sebenarnya saya memang sedang mencari peluang pekerjaan setelah saya berhenti kerja pada pertengahan July 2013. Selama 2 bulan saya berusaha untuk mencari kerja tetapi tidak berhasil sehinggalah saya bertemu dengan Vemma pada September 2013. Sejak bertemu Vemma saya langsung tak pergi cari kerja lagi. Pada awalnya suami saya tidak menggalakkan saya utk buat bisnes sebab saya dah biasa kerja makan gaji.




Bersama Star Presidential Pertama Asia


Alhamdulillah dengan semangat dan “WHY” saya yang kuat saya tak pandang ke belakang lagi. Yang terfikir dekat fikiran saya ialah nak ubah hidup..asyik susah je dah kerja 17 tahun pun hutang keliling pinggang. Saya memang tak mudah putus asa…saya buat je..buat sampai dapat… Alhamdulillah dalam bulan October tu 2 kali saya frenzy……masa tu baru
suami mula buka mata dan terus beri galakkan pada saya. Saya kata pada diri saya sendiri lepas ni saya akan bantu org lain dan sama2 berjaya …Alhamdulillah dah 4 org adik beradik saya yang join Vemma sebab saya dah yakinkan mereka yang Vemma ada masa depan.



Anugerah dalam S.M.A.T oleh Team V4U
POWER OF EVENT

Pada 9 November 2013 saya hadirkan diri ke VeMMA FastStart Training (VFT) anjuran VeMMA Malaysia…masa tu semangat saya lagi berkobar-kobar sebab tengok jutawan-jutawan VEMMA di depan mata kepala saya sendiri. Pada 10 November 2013 saya hadirkan diri keSMART training anjuran mentor2 kesayangan saya dari Team V4U…Alhamdulillah saya di beri sijil penghargaan kerana naik rank sebagai BRONZE LEADER. Banyak ilmu yang saya dapat pada hari itu…sampai balik… malam saya tak boleh nak tidur…sebab saya sangat2 teruja dengan VEMMA. Saya beri sepenuh perhatian pada bisnes yang saya ceburi setiap Ahad saya menghadirkan diri ke VeMMA HQ, PJ utk kutip ilmu bersama mentor2 Team V4U.




ZAMAN SEBELUM VeMMA

Sebelum saya bertemu Vemma kerja saya.. pergi pagi.. balik malam, kerja banyak tak habis-habis melayan 
pelbagai kerenah pelanggan. Sampai nak bersolat pun terpaksa curi masa. Hari-hari stress bekerja..bos nak naikkan pangkat pun saya tak terima dan akhirnya saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja secara sukarela dan menerima wang pampasan. Walaupun saya tahu ianya tidak mencukupi untuk membayar hutang yang sedia ada. Sebenarnya saya pun takut untuk berhenti kerja kerana saya tahu duduk di KL jika bekerja seorang memang tidak mencukupi. Setiap hari saya berdoa semoga di ketemukan peluang pekerjaan yang mana boleh membawa kepada kebebasan masa dan wang. Di samping dapat melihat perkembangan dan pembelajaran anak-anak di depan mata saya.

CABARAN MENGUATKAN SEMANGAT

Banyak cabaran yang saya lalui semasa menjalankan biz online Vemma ini…dengan masalah internet, laptop rosak, prospek yang negative dan lain-lain yang boleh menjatuhkan semangat saya. Tetapi saya tetap tidak berputus asa kerana saya tahu biz ini bolehmenjana keuntungan berlipat kali ganda dan menjamin kesihatan ibu dan keluarga saya. Saya percaya biz vemma ini mampu memberi masa depan yang baik buat saya dan keturunan .



100% PERUBAHAN HIDUP


Alhamdulillah… selepas saya bertemu dengan Vemma kehidupan saya 100% berubah di mana saya mendapat kebebasan masa dan kesihatan yang saya inginkan. Serta pendapatan yang lebih dari gaji dahulu. Suami dan anak-anak juga gembira kerana setiap masa saya bersama dan dapat memenuhi keinginan mereka!!!! Untuk diri saya sendiri juga saya berasa bertambah sihat dan tiada tekanan dari mana-mana pihak. Inilah kehidupan yang saya IMPIKAN selama ini.

Di atas kerjasama dalam Team V4U, saya telah berjaya mencapai tahap DIAMOND LEADER dalam masa 2 bulan. Bagaimana saya boleh success dengan begitu cepat???? Anda semua nak tahu????

Jawapannya….Niat yang ikhlas untuk membantu orang lain agar mendapat kesihatan dan pendapatan yang diingini. Mentor2 saya membantu menjalankan iklan berbayar untuk mendapatkan prospek. Setiap hari saya focus dengan follow-up spt email, sms dan membuat panggilan. Walaupun ada prospek yang negatif namun ianya tidak mematahkan semangat saya sebab saya tahu masih ramai lagi yang di luar sana masih berminat untuk berbisnes. Saya juga menduplikasikan segala formula yang saya belajar daripada MENTOR-MENTOR kepada downline saya.


Nasihat utk semua…

1) Ambil langkah pertama…kepada sesiapa yang belum upgred…upgred cepat “fast
action fast result”

2) Ikut cakap MENTOR.. boleh diajar, belajar dan mengajar

3) Sentiasa POSITIF..supaya semangat sentiasa bekobar-kobar utk Berjaya

4) Jangan putus asa.. sentiasa berhubung dgn upline dan MENTOR jika terasa diri
“DOWN”

5) Jgn Tanya berapa “INCOME” yang anda akan dapat kerana ANDA sendiri yang
tentukan

6) Beri masa pada diri sendiri utk belajar dan Berjaya.




Di kesempatan ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada EL Hasmi dan Basri, PL Rasyihah, DL Suzie, Enroller saya BL Shila kerana banyak membimbing saya. Tak lupa juga kepada anak/cucu saya dan adik beradik saya…Teruskan usaha jangan mudah putus asa...jumpa ANDA di puncak kejayaan.

Setakat ini sahaja perkongsiaan kejayaan saya untuk kali ini, saya serahkan semula kepada host kita pada malam ini.

Assalamualaikum & Selamat Malam.
Terima kasih semua….TOGETHER TO THE TOP!!!!!! Ooooooooooooooooooooo YES!




Success Coach: DL Ina Sali
Email:lingazlin@yahoo.com
mazlinalyna@gmail.com
fbook:ina sali
skype:lynalili772
Call/SMS: 010 895 8929
www.rahsiakejayaan.com/ina.sali

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...