ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA..
Seperti dikongsi DL Marzura Ramli bersama Team V4U dalam Skype meeting.
Salam jutawan untuk Team V4U, salam perkenalan bagi anda yang baru dalam team ini. Selamat datang juga kepada yang baru join meeting ini. Tahniah buat anda semua kerana anda adalah orang yang berjaya dan hebat apabila bertindak untuk berada dalam forum yang hebat dengan aura positif ini.
Adakah anda teruja hari ini? Jerit ooo yesss.
LATAR BELAKANG DIRI
Ramai yang sudah mengenali diri saya dan ada juga yang belum lagi mengenali saya. Saya Marzura Ramli,seorang yang biasa-biasa saje. Sudah berkeluarga dan mempunyai 2 orang cahayamata. Pernah bekerja sebagai QA Administrator & Document Controller dan pernah menjalankan bisnes secara online dan offline (stokis Bellavita Ulu Tiram) kini memilih untuk menjadi seorang suri rumah sepenuh masa , berasal dari Segamat, dan sekarang menetap di Ulu Tiram, Johor. Saya baru 4 bulan lebih di Vemma.Nak tahu lebih lanjut tentang saya? V4U, Are u ready...?
INGIN BEBAS MASA DAN WANG TAPIIIII FOBIA MAKAN GAJI
Semuanya bermula dari keinginan untuk bebas kewangan dan bebas masa. Untuk bekerja semula, makan gaji? Ooh itu tidak mungkin.. Saya tidak mahu terikat dengan mana-mana syarikat samada swasta atau kerajaan. Saya mahu duduk di rumah melayan kerenah anak-anak. Dalam erti kata lain saya mahu sentiasa bersama mereka.
Ceritanya bermula di sini. Sebelum saya terjebak dengan dunia perniagaan ini, bermula dengan hanya inginkan produk kesihatan yg boleh bagi saya tenaga sepanjang hari , awet muda (maklumlah umur dah 30 an), dan boleh atasi masalah rambut gugur. Saya telah bertemu dengan produk yg sesuai dengan saya. Saya semakin sihat. Dari situ timbul keinginan untuk kongsi manfaat dengan orang lain. Tapi bagaimana? Berbisnes..ya itulah jawapannya. Tapi bagaimana? Saya tiada ilmu.
Dari situ saya bertanya dari satu orang ke satu orang, tak cukup dgn itu cari di internet bagaimana nak buka kedai,nak dapatkan lesen, nak buat secara online dan macam2 lagi lah..hampir 2 bulan saya buat kajian. Akhirnya saya berjaya juga membuka sebuah stokis. Banyak juga modal yang dikeluarkan,lebih dari RM10,000. Mujur ada suami yang membantu dari segi kewangan.
Pada awalnya bisnes berjalan lancar. Saya jadi semakin sibuk. Tapi lama kelamaan saya mula rasa ada yang tidak kena dengan perniagaan saya ini. Saya tidak gembira dengan apa yang saya lakukan. Saya cuba bayangkan betapa sibuknya saya. Lepas solat subuh, sediakan sarapan untuk keluarga, siapkan beg pakaian anak, bakul susu, mandikan anak-anak dan siapkan mereka, bagi mereka sarapan, kemudian saya perlu bersiap untuk pergi kedai. Hantar anak-anak pergi rumah adik ipar, pastu pergi kedai. Jarak rumah adik ipar dengan rumah ambil masa 40 minit kalau tiada kesesakan dan 15 minit dari rumahnya untuk ke kedai saya.
Saya kena keluar awal takut jem. Maklumlah kena buka kedai sebelum pukul 10am . Tutup kedai pukul 10pm. Ambil anak, sampai di rumah sekitar jam 11pm. Penat takyah cakaplah..sampai satu tahap,suami yang bukakan pintu untuk saya, basuh pakaian, kemas rumah dan banyak lagi lah..begitulah hari2 selama 6 bulan. Bukan setakat itu sahaja, penat saya itu langsung tidak berbaloi dengan hasil yg saya perolehi. Untung bersih dari jualan hanya RM200 je...bila nak kaya macam ni? Kerja makan gaji lagi untung....tak boleh jadi ni. Kena fikirkan sesuatu... Perlu cari perniagaan yang saya tidak perlu lalui semua tu lagi. Saya mahukan perniagaan yang bebas masa, untung banyak dan dapat bantu orang lain jana income macam saya. Selain itu, saya juga mahukan produk kesihatan yang dapat dimanfaatkan untuk seisi keluarga , tiada had umur dan jantina..cari dan terus mencari...
>>>BERTEMU VEMMA
Sehinggalah pada hujung bulan 6, saya telah dipertemukan dengan bisnes Vemma yang menawarkan produk yang sangat hebat dan pada masa yang sama boleh jana income. Pada awalnya saya hanya upgred single pek untuk cuba dulu khasiat jus vemma , Alhamdulillah Vemma dapat membantu mengatasi masalah kesihatan saya seisi kelurga .
Produk Vemma memang diakui bermanfaat dan terbaik….saya mula meneliti tentang syarikat Vemma…..bagi saya syarikatnya juga stabil & kukuh. Kalau tak masakan Vemma boleh bertahan lebih 20 tahun di US dan 7 tahun kat Malaysia . Di tambah pengiktirafan melalui pelbagai anugerah yang diterima. Bukan itu sahaja , Vemma menawarkan plan marketing yang sangat unik. Di Vemma kita ada mentor yang boleh membantu anda yang tidak tahu langsung tentang bisnes. Macam saya..nak buat bisnes kena ada ilmu. Juga perlu ada yg guide kita dan boleh bantu kita kembangkan sayap perniagaan.
>>> TERTARIK KONSEP PEOPLE HELPING PEOPLE DI TEAM V4U
Kat Vemma kita tak bersendirian sebab konsep bisnes Vemma bekerja secara berkumpulan. Ada masalah boleh plug in dengan mentor. Bestkan bisnes Vemma. Dari laman web dan semuanya disediakan..tak perlu buka kedai, tidak perlu terkejar-kejar nak buka kedai, untung banyak, masa pun banyak sebab bisnes Vemma boleh buat di rumah santai2 jer..yang penting suami tak pening kepala.. Akhirnya saya membuat keputusan menutup kedai pada 31 ogos 2013 dan memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa..memang keputusan giler..
>>> SANGGUP MELABUR UNTUK MENDAPAT YANG LEBIH BAIK
Saya juga seperti anda , bagi saya modal RM2052 itu adalah sangat besar jumlahnya , maklumlah sebelum ni dah kuar banyak tuk buat modal berniaga.tapi bila saya fikir balik , kenapa saya tidak cuba kalau ia benar-benar boleh membantu kita jana income lumayan . Berbekalkan duit asb dan saki baki simpanan dalam bank saya keluarkan sebagai modal . Dalam hati hanya Tuhan yang tahu dan tawakal jelah .
Pada awal pembabitan saya, hampir sebulan saya hanya jadi pemerhati dan tidak buat apa-apa. Maklumlah masa tu raya. Demam raya lah katakan. Tapi bila fikir balik, kenapa saya perlu buang masa? Duit dah keluar buat modal. Takkan nak tengok je. Tidak mahu pisang berbuah dua kali. Jadi kepada yang nak cepat dapat income tu cepat-cepat lah bertindak ye. Jangan tangguh-tangguh lagi. Jangan jadi macam saya buang masa hampir sebulan. Rugi....!
Jatuh bangun dalam bisnes itu lumrah , tipulah kalau saya kata tak pernah down @ putus asa . Saya juga pernah gagal. Mana ada bisnes yang baru mula terus untung dan berjaya. Mesti ada turun naik dan liku-likunya sebelum berjaya. Macam itu jugalah saya.
>>> BELAJAR SECARA ONLINE SAHAJA
Bersendirian buat bisnes tanpa enroler yang bimbing saya dan sokongan suami pada awal pembabitan saya di Vemma. Tapi itu tidak mematahkan semangat saya. Cari dan terus mencari, akhirnya saya bertemu dgn Kak Mastura Maseka dan Kak Rasyihah . Merekalah yang banyak membimbing saya. Walaupun saya di Johor mentor saya di Selangor itu tidak membataskan perhubungan kami . Saya akan sentiasa whatsapp , skype @ sms dengan mereka . Walaupun kami tidak pernah bersua muka . Itu bukan alasan untuk saya tidak berjaya di vemma . Yang penting keinginan itu ada .
Pada 9 nov 2013, saya telah mengikuti event yang dianjurkan oleh Vemma Malaysia iaitu VFT. Di sana, semangat tuk berjaya semakin membuak-buak. Apa tidaknya, buat pertama kali bersua muka dengan mentor2 hebat. Sebelum ni hanya tengok di FB. Ditambah lagi dapat berjumpa dan dengar perkongsian dan rahsia kejayaan para jutawan di Vemma. Bukan itu sahaja, saya dapat melihat wajah2 rakan bisnes yang telah berjaya naik ke pentas ambil anugerah..mereka memang hebat..!!!
Saya nekad nak berjaya seperti mereka. Kalau mereka boleh, kenapa saya tidak. Tanpa membuang masa, saya berusaha dan tidak menoleh lagi ke belakang..berkat kesabaran dan tunjuk ajar dari mentor . Pada bulan November 2013 iaitu bulan keramat buat saya. Alhamdulillah saya telah berjaya naik rank silver pada minggu kedua, rank gold pada minggu ketiga, naik rank berturut-turut dan yang paling menggembirakan sekali saya berjaya capai rank Diamond .
Terima kasih Kak Mastura , Kak Rasyihah dan tidak lupa juga Kak Hasmi yang banyak membantu saya hingga ke tahap ini..sayang kalian semua..
Nak tahu rahsia saya???Mudah sahaja....
(1) Jadilah seperti gelas kosong , follow je apa yang mentor ajar , kemudian duplikasi .
(2) Bersedia dari segi mental (berani untuk gagal dan jangan cepat mengalah)
(3) Hadir meeting macam hari ini dan webinar untuk dapat aura dan info terkini dari teman-teman yang berjaya .
(4) Percaya dan yakin pada Vemma boleh ubah masa depan you all .
(5) Beri peluang pada diri sendiri untuk belajar .
(6) Usaha , (rajin promot ,bisnes , sentiasa tanya dan korek ilmu daripada mentor)tak rugi pun untuk manfaat diri sendiri juga .
(7) Set kat minda ni vemma bukan skim cepat kaya , buat baru dapat income juta-juta.
(8) Ingat WHY you all kat vemma . Setiap sesuatu yang kita lakukan tanpa matlamat dan arah tuju , semua itu takkan kemana .
So inilah perkongsian saya hari ini , kalau nak cerita lagi sampai esok pun tak habis.....sekian sampai disini dahulu dan jika ada bahasa yang kurang menyenangkan mohon maaf ye...sampai jumpa lagi di puncak jaya .
OOOO YESS !!
Success Coach: DL Ina Sali
Email:lingazlin@yahoo.com
mazlinalyna@gmail.com
fbook:ina sali
skype:lynalili772
Call/SMS: 010 895 8929
www.rahsiakejayaan.com/ina.sali
Tiada ulasan:
Catat Ulasan