ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA..
INI LAH KESAH DIRI KU...
JOM BACA..!!
seperti dikongsi dalam Team V4U Skype Meeting
بسم اللة الرحمن الرحيم
Jutaan terima kasih kepada hos malam ini, Diamond Leader Sarina Salleh kerana memberi peluang kepada saya untuk berkongsi kejayaan di Skype Meeting pada malam ini…
LATAR BELAKANG SAYA-
Saya perkenalkan diri saya terlebih dulu ya. Nama saya Mazlina Salikin atau lebih dikenali dengan nama ‘Ina Sali’ di FB. Sudah berkahwin dan mempunyai 5 orang cahayamata yang kesemuanya adalah putera-putera kacak belaka… hehehe… Menetap di Kg Jawa Klang, Selangor. Saya ni bolehla dikategorikan seorang yang brutal, keras hati tapi seorang yang penyayang ya... hehehe… saya bukanlah dari golongan yang berpendidikan tinggi, hanya setakat SPM je.... lepas saja SPM terus kawin (jodoh dah sampai). Langsung tak pandai cakap omputih (Bahasa Inggeris). Sebelum saya terjebak dalam bisnes VeMMA, saya adalah seorang bidan bersalin. Ini sajalah Anugerah Allah dan kelebihan yang dianugerahkan kepada saya... Alhamdulillah... (warisan dari arwah ibu) lebih 7 tahun menjadi bidan pun rasanya cukup lelah, kadang-kadang mengurut sampai 5 orang dalam sehari. Penat, letih dan badan saya jadi lemah dan sakit-sakit kerana tenaga saya berkurangan.
WHY UTAMA UNTUK BERSAMA VeMMA-
Anak sulung saya adalah penyebab utama atau ‘WHY’ mengapa saya menjadi pengguna tegar produk VeMMA. Saya mula menjadi ahli biasa VeMMA pada 01 April 2011 (masa tu saya diberitahu oleh Bonda saya iaitu PL Rosmawati Mohamad, beliau sedang menuju ke Rank Diamond) dengan hanya membeli produk single pack untuk mencuba khasiatnya kepada anak saya yang sedang sakit (selepas mendengar penerangan khasiat VeMMA dari PL Rose dan diyakinkan lagi oleh DL DR Azizah) Saya pun tak ingat bila masa saya mengklik iklan kepunyaan bonda saya PL Rosmawati yg berada di Melaka…
Tapi PL Rose cakap saya jadi PE beliau pada 19 February 2011… hampir dua bulan barulah beliau menghubungi saya melalui SMS dan menceritakan tentang bisnes dan kebaikan produk VeMMA. Maka, bermulalah pembelajaran baru saya di VeMMA…. Seronok sangat sebab banyak saya belajar ilmu IT di VeMMA ni… dan pembelajaran saya yang pertama ialah bagaimana caranya saya nak buka email saya ni… hahaha… bila saya berjaya buka email... Ya ALLAH, terperanjat saya… Banyaknya email dari bonda Rose dan VemmaBuilder....(hehehe….)
DEKAT DENGAN MENTOR-
Pertama kali jejak kaki di HQ VeMMA (atas desakan PL Rosmawati) Jumaat malam Sabtu untuk bertemu dengan Nenda Rasyihah... training malam tu mula jam 8.30 malam, tapi saya keluar dari rumah jam 6 petang sebab saya tak tahu di mana HQ VeMMA dan saya tak nak terlambat… (on time la katakana….hehehe…) Alhamdulillah…. Dapat sampai HQ tepat pada masanya dan dapat jugak jumpa dengan Nenda Rasyihah.... Penerangan dan penjelasan dari PL Rasyihah pada masa tu langsung tak masuk dalam kepala otak saya.... (tapi masih terangguk-angguk saja macam faham… hahaha….) macam mana saya nak faham... beliau cakap omputih lebih banyak dari Bahasa Malaysia… Hadoiiiii…. Saya ni memang sejak dari dulu rajin dan selalu ikut traning pada setiap minggu… tapi masa tu, saya rasa amat payah betul… susah nak faham… susah sangat-sangat sebab saya memang buta IT… semua benda yang diajar tak dapat masuk kepala saya... apatah lagi semua benda kena buat sendiri… landing page (website), iklan kena buat sendiri… kena kontrol sendiri... dah la semua dalam Bahasa Inggeris, lagi la bernanah otak saya nak faham... (mulalah saya fikir semua ni menyusahkan aje…) saya memang negetif giler masa tu.... semua susah dan tak faham…
Semakin hari saya semakin give up dan mulalah nak menyerah kalah.. saya senyap sekejap (tidur yang panjang masa tu… hehehe…) saya hanya membeli produk pada setiap bulan untuk anak saya yang sakit (maintain). Saya langsung tak menghubungi PL Rosmawati dan PL Rasyihah.. tapi saya sentiasa mengintai FB mereka berdua tau... saya ikut semua perkembangan mereka berdua secara senyap-senyap... bila saya nampak bonda Rosmawati dah naik rank Diamond, dan diraikan dengan begitu meriahnya di Genting Highland, saya mula cemburu dan dalam hati saya berdetik lagi… bagus betul minah sorang ni... naik rank dah… mesti duit dia banyak... huh!!! Tak sabar saya…
Saya mesti boleh berjaya seperti bonda saya… saya mula SMS dan call balik PL Rose dan PL Rasyihah… saya nak joint VeMMA balik boleh tak??? Saya join semula pada 5 Januari 2012 sebagai paid member Diamond Pack (RM6k lebih masa tu....) Fuhhhhh!!! berpeluh lagi dahi... mana nak sediakan RM15k utk kos pembedahan anak yang sakit.... nak bermodal rm6k utk mulakan bisnes VeMMA.... memang tak berani la nak cakap dengan hubby masa tu... mau jadi harimau kang bila dengar... Degil, keras kepala kalau dah nak tu… nak jugak walau dengan apa cara sekali pun... Alhamdulillah, dapat juga upgrade kepada bisnes pakage masa tu iaitu Dimond Pack dengan bantuan bonda Rose dan Nenda Rasyihah... Syukur tak terkata masa tu…
ORANG CARI KITA-
Tak tahu nak mula dari mana nak cari orang, bawak orang… colek orang masa buat MLM dulu tu reti la...
hahaha… bila masuk VeMMA blurrrr terus... saya bercerita dengan kawan-kawan, dengan jiran-jiran, dengan pesakit yang selalu berurut dengan saya, dengan orang sekeliling saya… tapi semua menolak... dengan adik beradik??? Eeeerrrrrmmmmmmm...... lagi lah… langsung tak layan, dengar pun tak nak, perli-perli lagi ada la.... masa tu saya hanya temui kegagalan demi kegagalan… gagal… gagal… gagal… dan gagal lagi...
Saya kuatkan semangat saya… selalu berhubung dengan PL Rose dan PL Rasyihah, tak pernah gagal untuk hadir training… hadir coaching… hadir event… kerana keazaman dan keinginan untuk berubah itu memang ada dan sangat kuat… tapi kelemahan saya ni, saya cepat sangat lemau..... longlai.... cepat sangat negetif.... (susahnya orang yang tak berpelajaran macam saya ni nak berjaya…) dalam hati selalu berdetik... boleh ke.... boleh ke....????
Bila lemah saja, saya selalu telefon PL Rose untuk kuatkan semangat saya walaupun dia jauh di Melaka… Beliau selalu memberikan saya kata-kata semangat dan tip-tip beliau untuk saya berjaya… Pun begitu, saya sangat bersyukur… sekurang-kurangnya saya masih ada Nenek yang dekat dengan saya…
PL Rasyihah memang seorang mentor yang sangat bertanggungjawab, dah banyak kali kena ‘balon’ saya ni... kena ‘rotan’… kena tarik telinga… sampaikan telinga saya ni pun dah naik tebal dah… tapi tak jugak jadi-jadi... dah macam-macam GB Rasyihah tunjuk ajar, tapi entahlah… macam ada je benda yang menghalang... macam tak sampai dan tak masuk dalam jiwa saya... saya pun tak tahu kenapa… bukan saya tak buat... Hari-hari saya masuk ‘pejabat’ saya… bila buka FB, saya akan buka sekali email, VemmaBuilder dan vemma.com... setiap hari saya tengok vemma.com... seronok tengok point dah banyak... (walau masih belum jadi duit lagi tu… hahaha… ) 36k point yang ada di sebelah power leg saya.... ngeeeeeeeee..... banyaknyaaa...
DIJENTIK SEMANGAT BARU-
Tapi bila suatu hari saya bukak vemma.com saya tengok semua point saya dah hilang (kosong) saya jadi gelabah... mana pergi semua point saya tu, saya terus call HQ, saya dah lewat sebulan.... bukan saya tak nak maintain sebelum tu.. tapi saya memang dalam kesempitan sangat... masa tu Allah sajalah yang tahu… hanya RM342 pun saya tak ada duit.... menangis saya petang tu...
Saya mula buat status merapu-rapu kat FB, seorang pun tak dapat nak tangkap maksud saya, yang saya dalam kesulitan/kesempitan… tiba-tiba saya teringat duit raya anak bungsu saya yang saya tak sempat saya simpan dalam bank, ada dalam RM250.00, saya kena cari lagi RM92.00 utk mencukupi maintain bulanan saya...
Masa tu saya buat muka tebal, muka kesian… merayu pada suami, mohon simpati untuk tambah RM100 (HUTANG DULU…) Suami mana yang tak sayangkan isteri kannnnn.. marah-marah pun, tetap bagi pinjaman untuk saya.... mesti dalam hati dia pun, dia nak tengok saya Berjaya kan??? Saya peluk suami saya sebagai tanda terima kasih (nangis lagi…)
Petang itu juga, saya terus pergi ke HQ VeMMA untuk buat bayaran (maintain). Sebenarnya boleh je kalau saya nak bank in duit tu ke HQ. Tapi macam takde kepuasan pulak… jadi, saya kuatkan juga semangat saya untuk tempuh ‘jem’… dalam hati memang nekad… tak kira lah, ‘jem’ pun saya sanggup redah… Selesai saja buat pembayaran, saya pun angkat kaki untuk pulang ke rumah...
Peristiwa ini betul-betul membuatkan saya benar-benar mahu berubah, saya mesti berubah dan lebih focus kepada bisnes VeMMA saya ini… Saya mesti BERJAYA!!! Saya tidak ada pilihan lain… Saya TERPAKSA BERJAYA!!! Mesti… walau macam mana dan bagaimana cara sekali punnnn.... Saya bertekad mahu bersungguh-sungguh di VeMMA… Langkah-langkah yang GB sudah tetapkan, saya ikut…
Saya sentiasa berhubung dengan beliau… saya kaji balik, apa langkah yang sudah saya buat… apa langkah yang saya mesti pertingkatkan… saya tak mahu salah langkah lagi… setiap tunjuk ajar GB saya ambil serius… saya ‘fokus’ betul-betul… Sentiasa berhubung dengan beliau adalah kewajiban... Setiap kemusykilan, saya cepat-cepat hubungi GB untuk dapatkan kepastian… Saya call PL Rose untuk suntikan semangat… tindakan drastik saya akhirnya menjadi dan berhasil... Alhamdulillah... saya berjaya juga akhirnya…
VFT pada 9 November 2013 THINK BIG DREAM BIG!!! membuka lembaran dan semangat baru buat saya bila CEO MR KENNETH KOH memberi kejutan untuk FTB (Fast Start Bonus) 3 kali ganda (triple)… Wow!!! Ketika itu, hati saya melonjak-lonjak kegirangan dan semangat saya membuak-buak… dan di situ lah kejayaan saya bermula....
Saya sentiasa minta nasihat dan ikut semua tunjuk ajar dari GB... saya sudah nampak... semakin terang jalan yang saya lalui.... Alhamdulillah… Pada minggu 46, 47 dan 48, saya berjaya dengan ‘triple’ dan ‘frenzy bonus’... saya memang akur dan menjadi murid yang sangat mendengar kata.. ikut saja apa yang GB suruh buat, saya buat.... Akhirnya dalam masa 3 minggu bertutut-turut saya naik rank... Rank Silver Laeder, Rank Gold Leader dan akhirnya tekad saya untuk menjadi Diamond Leader di bulan November 2013 dimakbulkanNya... ALHAMDULILLAH... syukur ke hadrat-Mu ya ALLAH…
Kalau lah saya tidak sabar dan terus tarik ‘hand-brek’ ketika saya dalam kesulitan... Eeerrrmmmmmmm..... saya masih lagi orang yang jauh dari kejayaan sampai bila-bila… Nauzubillah… Tapi Allah kuatkan semangat saya… Allah salurkan kekuatan kepada saya dan saya betul-betul NEKAD MAHU BERJAYA DAN MEMAKSA DIRI SAYA UNTUK BERJAYA!!! Bak kata orang, bukan senang nak senang kan??? Pengalaman 2 tahun saya bersama perniagaan di VeMMA, saya masih berdiri teguh bersama VeMMA dan Team V4U walau diawalnya kadang kala pelbagai DUGAAN…CABARAN… UJIAN… yang datang menerjah... Itu adalah biasa pada saya… semangat yang berkobar-kobar dapat mengembalikan keyakinan ditambah nasihat-nasihat dan pengalaman-pengalaman mentor-mentor yang sudah berjaya… Jutaan terima kasih untuk semua…
Untuk berjaya bersama Team V4U adalah mudah kerana dikelilingi oleh semua sahabat-sahabat V4U yang sentiasa positif dan sentiasa ‘support’ antara satu sama lain. Saya sentiasa berhubung dengan mentor dan sahabat yang tepat untuk meluahkan perasaan ‘down’ saya, kerana itu jugalah saya cepat kembali bersemangat. Event-event yang saya hadiri juga banyak mempengaruhi aura positif dalam hidup saya…
Sekurang-kurangnya saya tahu apa yang saya sedang perjuangkan dalam perniagaan VeMMA ini… Saya ada ‘WHY’ yang saya besar untuk diri saya dan keluarga saya, kerana itu saya tanamkan erti KESABARAN untuk saya berjaya... Walaupun lambat, tak mengapalah… asalkan KEJAYAAN menjadi milik saya. Sekiranya saya lemah disaat saya diuji dengan KESEMPITAN dulunya, pasti saya tak akan dapat mendaki tangga Diamond sekarang....
YAKIN.....!!! Allah nak uji adakah kita memang layak untuk meraih KEJAYAAN dengan pelbagai rasa kesusahan dan kegagalan sebelumnya… Saya percaya dan yakin sangat-sangat... Subhanaallah... Sesungguhnya rahsia ALLAH pada setiap hambanya tak siapa yang tahu.... Allahu Akhbar….
Bersama Jutawan2 VeMMA
# Saya pegang dan sentiasa ingat kata-kata Jutawan Pertama VeMMA, Star Presidential Norsalehin Ismail sampai sekarang...#
“SEGULUNG SIJIL/IJAZAH TIDAK MEMBERI APA-APA ERTI, JIKA BILA KITA SELUK SAKU "KOSONG" BELAKA..!!! TAPI... TIADA SEGULUNG SIJIL/KEPANDAIAN BILA SELUK SAKU "BERTINGKEK-BERTINGKEK DUIT DI DALAMNYA... SIAPA YG LEBIH BIJAK/PANDAI SEBENARNYA????”
JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA NAHKODA V4U, EXECUTIVE MOYANG HASMI DAN ATOK BASRI YANG TELAH MENYEDIAKAN RUMAH V4U UNTUK KAMI... KEPADA NENDA SAYA, STAR PLATINUM RASYIHAH YANG BEGITU BANYAK BERSABAR MENDIDIK SAYA HINGGA BERJAYA....BUAT BONDA KU PLATINUM ROSMAWATI TERIMA KASIH KERANA KETEMUKAN DAN MEMPERKENALKAN SETERUSNYA MEMBIMBING SAYA UNTUK TERUS JATUH CINTA KEPADA PERNIAGAAN VEMMA...
BUAT LEADER2 DI V4U TERIMA KASIH ATAS SUPPORT YANG SANGAT BERERTI BUAT SAYA… SAYA SANGAT MENGHARGAINYA… KEPADA NETWORK SAYA JADIKAN CERITA SAYA SEBAGAI TELADAN.... JALAN YANG LUAS SUDAH TERBENTANG DI DEPAN KITA, JANGAN BERTANGGUH LAGI..... JANGAN MENGELAMUN LAGI… JANGAN BUANG MASA LAGI… SEMUA KEMUDAHAN SUDAH ADA DAN TERSEDIA UNTUK KITA... IKUT DAN BUAT SAJA....
KEPADA PEMBACA, TIADA SEKELUMIT DALAM HATI SAYA UNTUK MENUNJUK-NUNJUK ATAU MEMBANGGA DIRI, TAPI INILAH HAKIKAT SEBUAH KEHIDUPAN....
AMPUN DAN MAAF KEPADA SEMUA, ANDAI SHARING SAYA INI ADA YANG TERSINGGUNG DAN BERKECIL HATI....
JUTAAN KEMAAFAN DARI SAYA… YANG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH DAN SEGALA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN ITU ADALAH DARI SAYA DAN IN SHAA ALLAH, AKAN SAYA PERBAIKI DARI MASA KE SEMASA… AMINNN…
SEKIAN SHARING DARI SAYA, TERIMA KASIH....
Success Coach: DL Ina Sali
Email:lingazlin@yahoo.com
mazlinalyna@gmail.com
fbook:ina sali
skype:lynalili772
Call/SMS: 010 895 8929
www.rahsiakejayaan.com/ina.sali
Tiada ulasan:
Catat Ulasan