Sabtu, 22 Mac 2014

Jenis-jenis PAKEJ VeMMA


Pakej Single



Anda boleh juga membeli dengan Double Pack
Kalikan dengan 2 (x2) untuk setiap harga produk Single Pack di atas.


KALAU SERIUS NAK BISNES,
UPGRED TERUS KE BISNES PAKEJ
PAKEJ TERBAIK!
HOT PACKAGE!!
Pakej Silver



Anda diberi masa 60 hari untuk upgrade kepada status Silver Pack

bermula dari tarikh anda sertai sebagai 'Paid Member (PM)'.
Anda cuma perlu membeli pakej Silver Pack sekali sahaja sepanjang hayat anda
dalam business Vemma, ini bagi melayakkan anda menerima kelebihan
yang ada dalam Silver Pack. Selepas itu anda cuma perlu
membeli Double Pack sahaja (masa ni network anda dah besar).
Jika anda bercita cita untuk berjaya, mulakan langkah anda
dengan pakej Silver. Hubungi saya jika anda perlukan bantuan .
Kami ada cara untuk membantu anda!


Success Coach: DL Ina Sali
Email:lingazlin@yahoo.com
mazlinalyna@gmail.com
fbook:ina sali
skype:lynalili772
Call/SMS: 010 895 8929
www.rahsiakejayaan.com/ina.sali

Selasa, 14 Januari 2014

Diamond Leader Ina Sali - Bidan Yang Turut Mengecapi Kejayaan di VeMMA...


ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA..
INI LAH KESAH DIRI KU...
JOM BACA..!!

seperti dikongsi dalam Team V4U Skype Meeting

بسم اللة الرحمن الرحيم


Jutaan terima kasih kepada hos malam ini, Diamond Leader Sarina Salleh kerana memberi peluang kepada saya untuk berkongsi kejayaan di Skype Meeting pada malam ini…

LATAR BELAKANG SAYA- 


Saya perkenalkan diri saya terlebih dulu ya. Nama saya Mazlina Salikin atau lebih dikenali dengan nama ‘Ina Sali’ di FB. Sudah berkahwin dan mempunyai 5 orang cahayamata yang kesemuanya adalah putera-putera kacak belaka… hehehe… Menetap di Kg Jawa Klang, Selangor. Saya ni bolehla dikategorikan seorang yang brutal, keras hati tapi seorang yang penyayang ya... hehehe… saya bukanlah dari golongan yang berpendidikan tinggi, hanya setakat SPM je.... lepas saja SPM terus kawin (jodoh dah sampai). Langsung tak pandai cakap omputih (Bahasa Inggeris). Sebelum saya terjebak dalam bisnes VeMMA, saya adalah seorang bidan bersalin. Ini sajalah Anugerah Allah dan kelebihan yang dianugerahkan kepada saya... Alhamdulillah... (warisan dari arwah ibu) lebih 7 tahun menjadi bidan pun rasanya cukup lelah, kadang-kadang mengurut sampai 5 orang dalam sehari. Penat, letih dan badan saya jadi lemah dan sakit-sakit kerana tenaga saya berkurangan.

WHY UTAMA UNTUK BERSAMA VeMMA- 

Anak sulung saya adalah penyebab utama atau ‘WHY’ mengapa saya menjadi pengguna tegar produk VeMMA. Saya mula menjadi ahli biasa VeMMA pada 01 April 2011 (masa tu saya diberitahu oleh Bonda saya iaitu PL Rosmawati Mohamad, beliau sedang menuju ke Rank Diamond) dengan hanya membeli 
produk single pack untuk mencuba khasiatnya kepada anak saya yang sedang sakit (selepas mendengar penerangan khasiat VeMMA dari PL Rose dan diyakinkan lagi oleh DL DR Azizah) Saya pun tak ingat bila masa saya mengklik iklan kepunyaan bonda saya PL Rosmawati yg berada di Melaka…

 Tapi PL Rose cakap saya jadi PE beliau pada 19 February 2011… hampir dua bulan barulah beliau menghubungi saya melalui SMS dan menceritakan tentang bisnes dan kebaikan produk VeMMA. Maka, bermulalah pembelajaran baru saya di VeMMA…. Seronok sangat sebab banyak saya belajar ilmu IT di VeMMA ni… dan pembelajaran saya yang pertama ialah bagaimana caranya saya nak buka email saya ni… hahaha… bila saya berjaya buka email... Ya ALLAH, terperanjat saya… Banyaknya email dari bonda Rose dan VemmaBuilder....(hehehe….) 

DEKAT DENGAN MENTOR- 
Pertama kali jejak kaki di HQ VeMMA (atas desakan PL Rosmawati) Jumaat malam Sabtu untuk bertemu dengan Nenda Rasyihah... training malam tu mula jam 8.30 malam, tapi saya keluar dari rumah jam 6 petang sebab saya tak tahu di mana HQ VeMMA dan saya tak nak terlambat… (on time la katakana….hehehe…) Alhamdulillah…. Dapat sampai HQ tepat pada masanya dan dapat jugak jumpa dengan Nenda Rasyihah.... Penerangan dan penjelasan dari PL Rasyihah pada masa tu langsung tak masuk dalam kepala otak saya.... (tapi masih terangguk-angguk saja macam faham… hahaha….) macam mana saya nak faham... beliau cakap omputih lebih banyak dari Bahasa Malaysia… Hadoiiiii….


Saya ni memang sejak dari dulu rajin dan selalu ikut traning pada setiap minggu… tapi masa tu, saya rasa amat payah betul… susah nak faham… susah sangat-sangat sebab saya memang buta IT… semua benda yang diajar tak dapat masuk kepala saya... apatah lagi semua benda kena buat sendiri… landing page (website), iklan kena buat sendiri… kena kontrol sendiri... dah la semua dalam Bahasa Inggeris, lagi la bernanah otak saya nak faham... (mulalah saya fikir semua ni menyusahkan aje…) saya memang negetif giler masa tu.... semua susah dan tak faham…

 Semakin hari saya semakin give up dan mulalah nak menyerah kalah.. saya senyap sekejap (tidur yang panjang masa tu… hehehe…) saya hanya membeli produk pada setiap bulan untuk anak saya yang sakit (maintain). Saya langsung tak menghubungi PL Rosmawati dan PL Rasyihah.. tapi saya sentiasa mengintai FB mereka berdua tau... saya ikut semua perkembangan mereka berdua secara senyap-senyap... bila saya nampak bonda Rosmawati dah naik rank Diamond, dan diraikan dengan begitu meriahnya di Genting Highland, saya mula cemburu dan dalam hati saya berdetik lagi… bagus betul minah sorang ni... naik rank dah… mesti duit dia banyak... huh!!! Tak sabar saya…

Saya mesti boleh berjaya seperti bonda saya… saya mula SMS dan call balik PL Rose dan PL Rasyihah… saya nak joint VeMMA balik boleh tak??? Saya join semula pada 5 Januari 2012 sebagai paid member Diamond Pack (RM6k lebih masa tu....) Fuhhhhh!!! berpeluh lagi dahi... mana nak sediakan RM15k utk kos pembedahan anak yang sakit.... nak bermodal rm6k utk mulakan bisnes VeMMA.... memang tak berani la nak cakap dengan hubby masa tu... mau jadi harimau kang bila dengar... Degil, keras kepala kalau dah nak tu… nak jugak walau dengan apa cara sekali pun... Alhamdulillah, dapat juga upgrade kepada bisnes pakage masa tu iaitu Dimond Pack dengan bantuan bonda Rose dan Nenda Rasyihah... Syukur tak terkata masa tu…



ORANG CARI KITA- 

Tak tahu nak mula dari mana nak cari orang, bawak orang… colek orang masa buat MLM dulu tu reti la... 

hahaha… bila masuk VeMMA blurrrr terus... saya bercerita dengan kawan-kawan, dengan jiran-jiran, dengan pesakit yang selalu berurut dengan saya, dengan orang sekeliling saya… tapi semua menolak... dengan adik beradik??? Eeeerrrrrmmmmmmm...... lagi lah… langsung tak layan, dengar pun tak nak, perli-perli lagi ada la.... masa tu saya hanya temui kegagalan demi kegagalan… gagal… gagal… gagal… dan gagal lagi...

Saya kuatkan semangat saya… selalu berhubung dengan PL Rose dan PL Rasyihah, tak pernah gagal untuk hadir training… hadir coaching… hadir event… kerana keazaman dan keinginan untuk berubah itu memang ada dan sangat kuat… tapi kelemahan saya ni, saya cepat sangat lemau..... longlai.... cepat sangat negetif.... (susahnya orang yang tak berpelajaran macam saya ni nak berjaya…) dalam hati selalu berdetik... boleh ke.... boleh ke....????

Bila lemah saja, saya selalu telefon PL Rose untuk kuatkan semangat saya walaupun dia jauh di Melaka… Beliau selalu memberikan saya kata-kata semangat dan tip-tip beliau untuk saya berjaya… Pun begitu, saya sangat bersyukur… sekurang-kurangnya saya masih ada Nenek yang dekat dengan saya…

 PL Rasyihah memang seorang mentor yang sangat bertanggungjawab, dah banyak kali kena ‘balon’ saya ni... kena ‘rotan’… kena tarik telinga… sampaikan telinga saya ni pun dah naik tebal dah… tapi tak jugak jadi-jadi... dah macam-macam GB Rasyihah tunjuk ajar, tapi entahlah… macam ada je benda yang menghalang... macam tak sampai dan tak masuk dalam jiwa saya... saya pun tak tahu kenapa… bukan saya tak buat... Hari-hari saya masuk ‘pejabat’ saya… bila buka FB, saya akan buka sekali email, VemmaBuilder dan vemma.com... setiap hari saya tengok vemma.com... seronok tengok point dah banyak... (walau masih belum jadi duit lagi tu… hahaha… ) 36k point yang ada di sebelah power leg saya.... ngeeeeeeeee..... banyaknyaaa...


DIJENTIK SEMANGAT BARU- 

Tapi bila suatu hari saya bukak vemma.com saya tengok semua point saya dah hilang (kosong) saya jadi gelabah... mana pergi semua point saya tu, saya terus call HQ, saya dah lewat sebulan.... bukan saya tak nak maintain sebelum tu.. tapi saya memang dalam kesempitan sangat... masa tu Allah sajalah yang tahu… hanya RM342 pun saya tak ada duit.... menangis saya petang tu...

 Saya mula buat status merapu-rapu kat FB, seorang pun tak dapat nak tangkap maksud saya, yang saya dalam kesulitan/kesempitan… tiba-tiba saya teringat duit raya anak bungsu saya yang saya tak sempat saya simpan dalam bank, ada dalam RM250.00, saya kena cari lagi RM92.00 utk mencukupi maintain bulanan saya...



Masa tu saya buat muka tebal, muka kesian… merayu pada suami, mohon simpati untuk tambah RM100 (HUTANG DULU…) Suami mana yang tak sayangkan isteri kannnnn.. marah-marah pun, tetap bagi pinjaman untuk saya.... mesti dalam hati dia pun, dia nak tengok saya Berjaya kan??? Saya peluk suami saya sebagai tanda terima kasih (nangis lagi…)


Petang itu juga, saya terus pergi ke HQ VeMMA untuk buat bayaran (maintain). Sebenarnya boleh je kalau saya nak bank in duit tu ke HQ. Tapi macam takde kepuasan pulak… jadi, saya kuatkan juga semangat saya untuk tempuh ‘jem’… dalam hati memang nekad… tak kira lah, ‘jem’ pun saya sanggup redah… Selesai saja buat pembayaran, saya pun angkat kaki untuk pulang ke rumah...

Peristiwa ini betul-betul membuatkan saya benar-benar mahu berubah, saya mesti berubah dan lebih focus kepada bisnes VeMMA saya ini… Saya mesti BERJAYA!!! Saya tidak ada pilihan lain… Saya TERPAKSA BERJAYA!!! Mesti… walau macam mana dan bagaimana cara sekali punnnn.... Saya bertekad mahu bersungguh-sungguh di VeMMA… Langkah-langkah yang GB sudah tetapkan, saya ikut…

 Saya sentiasa berhubung dengan beliau… saya kaji balik, apa langkah yang sudah saya buat… apa langkah yang saya mesti pertingkatkan… saya tak mahu salah langkah lagi… setiap tunjuk ajar GB saya ambil serius… saya ‘fokus’ betul-betul… Sentiasa berhubung dengan beliau adalah kewajiban... Setiap kemusykilan, saya cepat-cepat hubungi GB untuk dapatkan kepastian… Saya call PL Rose untuk suntikan semangat… tindakan drastik saya akhirnya menjadi dan berhasil... Alhamdulillah... saya berjaya juga akhirnya…


VFT pada 9 November 2013 THINK BIG DREAM BIG!!! membuka lembaran dan semangat baru buat saya bila CEO MR KENNETH KOH memberi kejutan untuk FTB (Fast Start Bonus) 3 kali ganda (triple)
… Wow!!! Ketika itu, hati saya melonjak-lonjak kegirangan dan semangat saya membuak-buak… dan di situ lah kejayaan saya bermula....

Saya sentiasa minta nasihat dan ikut semua tunjuk ajar dari GB... saya sudah nampak... semakin terang jalan yang saya lalui.... Alhamdulillah… Pada minggu 46, 47 dan 48, saya berjaya dengan
‘triple’ dan ‘frenzy bonus’... saya memang akur dan menjadi murid yang sangat mendengar kata.. ikut saja apa yang GB suruh buat, saya buat.... Akhirnya dalam masa 3 minggu bertutut-turut saya naik rank... Rank Silver Laeder, Rank Gold Leader dan akhirnya tekad saya untuk menjadi Diamond Leader di bulan November 2013 dimakbulkanNya... ALHAMDULILLAH... syukur ke hadrat-Mu ya ALLAH… 




NIKMAT KESABARAN- 

Kalau lah saya tidak sabar dan terus tarik ‘hand-brek’ ketika saya dalam kesulitan... Eeerrrmmmmmmm..... saya masih lagi orang yang jauh dari kejayaan sampai bila-bila… Nauzubillah… Tapi Allah kuatkan semangat saya… Allah salurkan kekuatan kepada saya dan saya betul-betul NEKAD MAHU BERJAYA DAN MEMAKSA DIRI SAYA UNTUK BERJAYA!!! Bak kata orang, bukan senang nak senang kan??? Pengalaman 2 tahun saya bersama perniagaan di VeMMA, saya masih berdiri teguh bersama VeMMA dan Team V4U walau diawalnya kadang kala pelbagai DUGAAN…CABARAN… UJIAN… yang datang menerjah... Itu adalah biasa pada saya… semangat yang berkobar-kobar dapat mengembalikan keyakinan ditambah nasihat-nasihat dan pengalaman-pengalaman mentor-mentor yang sudah berjaya… Jutaan terima kasih untuk semua…

Untuk berjaya bersama Team V4U adalah mudah kerana dikelilingi oleh semua sahabat-sahabat V4U yang sentiasa positif dan sentiasa ‘support’ antara satu sama lain. Saya sentiasa berhubung dengan mentor dan sahabat yang tepat untuk meluahkan perasaan ‘down’ saya, kerana itu jugalah saya cepat kembali bersemangat. Event-event yang saya hadiri juga banyak mempengaruhi aura positif dalam hidup saya…

Sekurang-kurangnya saya tahu apa yang saya sedang perjuangkan dalam perniagaan VeMMA ini… Saya ada ‘WHY’ yang saya besar untuk diri saya dan keluarga saya, kerana itu saya tanamkan erti KESABARAN untuk saya berjaya... Walaupun lambat, tak mengapalah… asalkan KEJAYAAN menjadi milik saya. Sekiranya saya lemah disaat saya diuji dengan KESEMPITAN dulunya, pasti saya tak akan dapat mendaki tangga Diamond sekarang....




YAKIN.....!!! Allah nak uji adakah kita memang layak untuk meraih KEJAYAAN dengan pelbagai rasa kesusahan dan kegagalan sebelumnya… Saya percaya dan yakin sangat-sangat... Subhanaallah... Sesungguhnya rahsia ALLAH pada setiap hambanya tak siapa yang tahu.... Allahu Akhbar….


Bersama Jutawan2 VeMMA

# Saya pegang dan sentiasa ingat kata-kata Jutawan Pertama VeMMA, Star Presidential Norsalehin Ismail sampai sekarang...#
“SEGULUNG SIJIL/IJAZAH TIDAK MEMBERI APA-APA ERTI, JIKA BILA KITA SELUK SAKU "KOSONG" BELAKA..!!! TAPI... TIADA SEGULUNG SIJIL/KEPANDAIAN BILA SELUK SAKU "BERTINGKEK-BERTINGKEK DUIT DI DALAMNYA... SIAPA YG LEBIH BIJAK/PANDAI SEBENARNYA????”

JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA NAHKODA V4U, EXECUTIVE MOYANG HASMI DAN ATOK BASRI YANG TELAH MENYEDIAKAN RUMAH V4U UNTUK KAMI... KEPADA NENDA SAYA, STAR PLATINUM RASYIHAH YANG BEGITU BANYAK BERSABAR MENDIDIK SAYA HINGGA BERJAYA....BUAT BONDA KU PLATINUM ROSMAWATI TERIMA KASIH KERANA KETEMUKAN DAN MEMPERKENALKAN SETERUSNYA MEMBIMBING SAYA UNTUK TERUS JATUH CINTA KEPADA PERNIAGAAN VEMMA...

BUAT LEADER2 DI V4U TERIMA KASIH ATAS SUPPORT YANG SANGAT BERERTI BUAT SAYA… SAYA SANGAT MENGHARGAINYA… KEPADA NETWORK SAYA JADIKAN CERITA SAYA SEBAGAI TELADAN.... JALAN YANG LUAS SUDAH TERBENTANG DI DEPAN KITA, JANGAN BERTANGGUH LAGI..... JANGAN MENGELAMUN LAGI… JANGAN BUANG MASA LAGI… SEMUA KEMUDAHAN SUDAH ADA DAN TERSEDIA UNTUK KITA... IKUT DAN BUAT SAJA....

KEPADA PEMBACA, TIADA SEKELUMIT DALAM HATI SAYA UNTUK MENUNJUK-NUNJUK ATAU MEMBANGGA DIRI, TAPI INILAH HAKIKAT SEBUAH KEHIDUPAN....
AMPUN DAN MAAF KEPADA SEMUA, ANDAI SHARING SAYA INI ADA YANG TERSINGGUNG DAN BERKECIL HATI....

JUTAAN KEMAAFAN DARI SAYA… YANG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH DAN SEGALA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN ITU ADALAH DARI SAYA DAN IN SHAA ALLAH, AKAN SAYA PERBAIKI DARI MASA KE SEMASA… AMINNN…


SEKIAN SHARING DARI SAYA, TERIMA KASIH....

Success Coach: DL Ina Sali
Email:lingazlin@yahoo.com
mazlinalyna@gmail.com
fbook:ina sali
skype:lynalili772
Call/SMS: 010 895 8929
www.rahsiakejayaan.com/ina.sali

Diamond Leader Marzura......Nekad SeOrang SuriRumah Untuk Memiliki Wang/Masa Berkualiti

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA..

Seperti dikongsi DL Marzura Ramli bersama Team V4U dalam Skype meeting.



Salam jutawan untuk Team V4U, salam perkenalan bagi anda yang baru dalam team ini. Selamat datang juga kepada yang baru join meeting ini. Tahniah buat anda semua kerana anda adalah orang yang berjaya dan hebat apabila bertindak untuk berada dalam forum yang hebat dengan aura positif ini.

Adakah anda teruja hari ini? Jerit ooo yesss.

LATAR BELAKANG DIRI
Ramai yang sudah mengenali diri saya dan ada juga yang belum lagi mengenali saya. Saya Marzura Ramli,seorang yang biasa-biasa saje. Sudah berkeluarga dan mempunyai 2 orang cahayamata. Pernah bekerja sebagai QA Administrator & Document Controller dan pernah menjalankan bisnes secara online dan offline (stokis Bellavita Ulu Tiram) kini memilih untuk menjadi seorang suri rumah sepenuh masa , berasal dari Segamat, dan sekarang menetap di Ulu Tiram, Johor. Saya baru 4 bulan lebih di Vemma.
Nak tahu lebih lanjut tentang saya? V4U, Are u ready...?

INGIN BEBAS MASA DAN WANG TAPIIIII FOBIA MAKAN GAJI
Semuanya bermula dari keinginan untuk bebas kewangan dan bebas masa. Untuk bekerja semula, makan gaji? Ooh itu tidak mungkin.. Saya tidak mahu terikat dengan mana-mana syarikat samada swasta atau kerajaan. Saya mahu duduk di rumah melayan kerenah anak-anak. Dalam erti kata lain saya mahu sentiasa bersama mereka.


>>> MENGUSAHAKAN PERNIAGAAN/STOKIS SENDIRI
Ceritanya bermula di sini. Sebelum saya terjebak dengan dunia perniagaan ini, bermula dengan hanya inginkan produk kesihatan yg boleh bagi saya tenaga sepanjang hari , awet muda (maklumlah umur dah 30 an), dan boleh atasi masalah rambut gugur. Saya telah bertemu dengan produk yg sesuai dengan saya. Saya semakin sihat. Dari situ timbul keinginan untuk kongsi manfaat dengan orang lain. Tapi bagaimana? Berbisnes..ya itulah jawapannya. Tapi bagaimana? Saya tiada ilmu.
Dari situ saya bertanya dari satu orang ke satu orang, tak cukup dgn itu cari di internet bagaimana nak buka kedai,nak dapatkan lesen, nak buat secara online dan macam2 lagi lah..hampir 2 bulan saya buat kajian. Akhirnya saya berjaya juga membuka sebuah stokis. Banyak juga modal yang dikeluarkan,lebih dari RM10,000. Mujur ada suami yang membantu dari segi kewangan.
Pada awalnya bisnes berjalan lancar. Saya jadi semakin sibuk. Tapi lama kelamaan saya mula rasa ada yang tidak kena dengan perniagaan saya ini. Saya tidak gembira dengan apa yang saya lakukan. Saya cuba bayangkan betapa sibuknya saya. Lepas solat subuh, sediakan sarapan untuk keluarga, siapkan beg pakaian anak, bakul susu, mandikan anak-anak dan siapkan mereka, bagi mereka sarapan, kemudian saya perlu bersiap untuk pergi kedai. Hantar anak-anak pergi rumah adik ipar, pastu pergi kedai. Jarak rumah adik ipar dengan rumah ambil masa 40 minit kalau tiada kesesakan dan 15 minit dari rumahnya untuk ke kedai saya.
Saya kena keluar awal takut jem. Maklumlah kena buka kedai sebelum pukul 10am . Tutup kedai pukul 10pm. Ambil anak, sampai di rumah sekitar jam 11pm. Penat takyah cakaplah..sampai satu tahap,suami yang bukakan pintu untuk saya, basuh pakaian, kemas rumah dan banyak lagi lah..begitulah hari2 selama 6 bulan. Bukan setakat itu sahaja, penat saya itu langsung tidak berbaloi dengan hasil yg saya perolehi. Untung bersih dari jualan hanya RM200 je...bila nak kaya macam ni? Kerja makan gaji lagi untung....tak boleh jadi ni. Kena fikirkan sesuatu... Perlu cari perniagaan yang saya tidak perlu lalui semua tu lagi. Saya mahukan perniagaan yang bebas masa, untung banyak dan dapat bantu orang lain jana income macam saya. Selain itu, saya juga mahukan produk kesihatan yang dapat dimanfaatkan untuk seisi keluarga , tiada had umur dan jantina..cari dan terus mencari...


>>>BERTEMU VEMMA

Sehinggalah pada hujung bulan 6, saya telah dipertemukan dengan bisnes Vemma yang menawarkan produk yang sangat hebat dan pada masa yang sama boleh jana income. Pada awalnya saya hanya upgred single pek untuk cuba dulu khasiat jus vemma , Alhamdulillah Vemma dapat membantu mengatasi masalah kesihatan saya seisi kelurga .




Produk Vemma memang diakui bermanfaat dan terbaik….saya mula meneliti tentang syarikat Vemma…..bagi saya syarikatnya juga stabil & kukuh. Kalau tak masakan Vemma boleh bertahan lebih 20 tahun di US dan 7 tahun kat Malaysia . Di tambah pengiktirafan melalui pelbagai anugerah yang diterima. Bukan itu sahaja , Vemma menawarkan plan marketing yang sangat unik. Di Vemma kita ada mentor yang boleh membantu anda yang tidak tahu langsung tentang bisnes. Macam saya..nak buat bisnes kena ada ilmu. Juga perlu ada yg guide kita dan boleh bantu kita kembangkan sayap perniagaan.


>>> TERTARIK KONSEP PEOPLE HELPING PEOPLE DI TEAM V4U
Kat Vemma kita tak bersendirian sebab konsep bisnes Vemma bekerja secara berkumpulan. Ada masalah boleh plug in dengan mentor. Bestkan bisnes Vemma. Dari laman web dan semuanya disediakan..tak perlu buka kedai, tidak perlu terkejar-kejar nak buka kedai, untung banyak, masa pun banyak sebab bisnes Vemma boleh buat di rumah santai2 jer..yang penting suami tak pening kepala.. Akhirnya saya membuat keputusan menutup kedai pada 31 ogos 2013 dan memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa..memang keputusan giler..


>>> SANGGUP MELABUR UNTUK MENDAPAT YANG LEBIH BAIK



Saya juga seperti anda , bagi saya modal RM2052 itu adalah sangat besar jumlahnya , maklumlah sebelum ni dah kuar banyak tuk buat modal berniaga.tapi bila saya fikir balik , kenapa saya tidak cuba kalau ia benar-benar boleh membantu kita jana income lumayan . Berbekalkan duit asb dan saki baki simpanan dalam bank saya keluarkan sebagai modal . Dalam hati hanya Tuhan yang tahu dan tawakal jelah .
Perasaan takut itu memang ada ,tapi saya nekad. Tanggal 27 hb Julai,2013 dengan rasmi saya telah upgred kepada silver pek , tanpa pengetahuan suami saya . Maaf ye bang terpaksa rahsiakan saya join bisnes ni , kalau tak mahu perang dunia ketiga nanti hihi...tapi biasalah , lama-lama en abang kita dapat hidu kegiatan saya . Terpaksalah dok cerita dengan panjang lebar dan dengar leteran yang saya kira sampai esok pun takkan habis hihi...nak dipendekkan cerita , saya tunjuk income yang saya dapat kat vemma terus en abang diam dan kini dialah orang pertama yang sentiasa sokong saya dari belakang sampailah sekarang .
Pada awal pembabitan saya, hampir sebulan saya hanya jadi pemerhati dan tidak buat apa-apa. Maklumlah masa tu raya. Demam raya lah katakan. Tapi bila fikir balik, kenapa saya perlu buang masa? Duit dah keluar buat modal. Takkan nak tengok je. Tidak mahu pisang berbuah dua kali. Jadi kepada yang nak cepat dapat income tu cepat-cepat lah bertindak ye. Jangan tangguh-tangguh lagi. Jangan jadi macam saya buang masa hampir sebulan. Rugi....!
Jatuh bangun dalam bisnes itu lumrah , tipulah kalau saya kata tak pernah down @ putus asa . Saya juga pernah gagal. Mana ada bisnes yang baru mula terus untung dan berjaya. Mesti ada turun naik dan liku-likunya sebelum berjaya. Macam itu jugalah saya.

>>> BELAJAR SECARA ONLINE SAHAJA


Bersendirian buat bisnes tanpa enroler yang bimbing saya dan sokongan suami pada awal pembabitan saya di Vemma. Tapi itu tidak mematahkan semangat saya. Cari dan terus mencari, akhirnya saya bertemu dgn Kak Mastura Maseka dan Kak Rasyihah . Merekalah yang banyak membimbing saya. Walaupun saya di Johor mentor saya di Selangor itu tidak membataskan perhubungan kami . Saya akan sentiasa whatsapp , skype @ sms dengan mereka . Walaupun kami tidak pernah bersua muka . Itu bukan alasan untuk saya tidak berjaya di vemma . Yang penting keinginan itu ada .




>>>MULA MENUAI HASIL

Berkat kesungguhan pada awal bulan 9, saya berjaya enroll 3 orang silver dalam satu minggu..dan dapat top 5 di Vemmabuilder.

Pada 9 nov 2013, saya telah mengikuti event yang dianjurkan oleh Vemma Malaysia iaitu VFT. Di sana, semangat tuk berjaya semakin membuak-buak. Apa tidaknya, buat pertama kali bersua muka dengan mentor2 hebat. Sebelum ni hanya tengok di FB. Ditambah lagi dapat berjumpa dan dengar perkongsian dan rahsia kejayaan para jutawan di Vemma. Bukan itu sahaja, saya dapat melihat wajah2 rakan bisnes yang telah berjaya naik ke pentas ambil anugerah..mereka memang hebat..!!!

Saya nekad nak berjaya seperti mereka. Kalau mereka boleh, kenapa saya tidak. Tanpa membuang masa, saya berusaha dan tidak menoleh lagi ke belakang..berkat kesabaran dan tunjuk ajar dari mentor . Pada bulan November 2013 iaitu bulan keramat buat saya. Alhamdulillah saya telah berjaya naik rank silver pada minggu kedua, rank gold pada minggu ketiga, naik rank berturut-turut dan yang paling menggembirakan sekali saya berjaya capai rank Diamond .
Terima kasih Kak Mastura , Kak Rasyihah dan tidak lupa juga Kak Hasmi yang banyak membantu saya hingga ke tahap ini..sayang kalian semua..


Nak tahu rahsia saya???Mudah sahaja....
(1) Jadilah seperti gelas kosong , follow je apa yang mentor ajar , kemudian duplikasi .
(2) Bersedia dari segi mental (berani untuk gagal dan jangan cepat mengalah)
(3) Hadir meeting macam hari ini dan webinar untuk dapat aura dan info terkini dari teman-teman yang berjaya .
(4) Percaya dan yakin pada Vemma boleh ubah masa depan you all .
(5) Beri peluang pada diri sendiri untuk belajar .
(6) Usaha , (rajin promot ,bisnes , sentiasa tanya dan korek ilmu daripada mentor)tak rugi pun untuk manfaat diri sendiri juga .
(7) Set kat minda ni vemma bukan skim cepat kaya , buat baru dapat income juta-juta.
(8) Ingat WHY you all kat vemma . Setiap sesuatu yang kita lakukan tanpa matlamat dan arah tuju , semua itu takkan kemana .
So inilah perkongsian saya hari ini , kalau nak cerita lagi sampai esok pun tak habis.....sekian sampai disini dahulu dan jika ada bahasa yang kurang menyenangkan mohon maaf ye...sampai jumpa lagi di puncak jaya .
OOOO YESS !!


Success Coach: DL Ina Sali
Email:lingazlin@yahoo.com
mazlinalyna@gmail.com
fbook:ina sali
skype:lynalili772
Call/SMS: 010 895 8929
www.rahsiakejayaan.com/ina.sali

DL Norlizah.....Kejayaan Menjadi Diamond Leader Dalam Tempoh 2 Bulan Sahaja....


ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA..

Seperti Perkongsian di dalam Team V4U Skype Meeting pada 9hb Disember 2013






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…..
Terima kasih kepada DL Sarina yang merupakan host kita pada malam ini kerana memberi peluang pada saya utk berkongsi kejayaan saya mencapai
ranking “DIAMOND LEADER” dalam tempoh 2 bulan. Sebelum memulakan meeting saya nak semua bersemangat dan laungkan kata-kata OooooooYesss.





Bersama Star Royal Ambassador
Matt Morrow



Saya Norlizah Binti Jaaman kepada sesiapa yang belum mengenali diri saya. Berasal dari Muar Johor dan menetap di Petaling Jaya, Selangor. Mempunyai 4 org cahaya mata. Sebelum ni saya bekerja di salah sebuah syarikat kewangan di Subang Jaya selama 17 thn tetapisekarang dah buat fulltime Vemma di rumah sahaja.
Syukur dan terima kasih kepada enroller saya Shila Jaaman iaitu adik saya kerana memberi peluang kepada saya untuk menjalankan bisnes ini. Walaupun pada awalnya beliau hanya meminjam nama saya untuk membeli produk bagi keperluan mak saya.

WHY VEMMA???

Sebenarnya saya memang sedang mencari peluang pekerjaan setelah saya berhenti kerja pada pertengahan July 2013. Selama 2 bulan saya berusaha untuk mencari kerja tetapi tidak berhasil sehinggalah saya bertemu dengan Vemma pada September 2013. Sejak bertemu Vemma saya langsung tak pergi cari kerja lagi. Pada awalnya suami saya tidak menggalakkan saya utk buat bisnes sebab saya dah biasa kerja makan gaji.




Bersama Star Presidential Pertama Asia


Alhamdulillah dengan semangat dan “WHY” saya yang kuat saya tak pandang ke belakang lagi. Yang terfikir dekat fikiran saya ialah nak ubah hidup..asyik susah je dah kerja 17 tahun pun hutang keliling pinggang. Saya memang tak mudah putus asa…saya buat je..buat sampai dapat… Alhamdulillah dalam bulan October tu 2 kali saya frenzy……masa tu baru
suami mula buka mata dan terus beri galakkan pada saya. Saya kata pada diri saya sendiri lepas ni saya akan bantu org lain dan sama2 berjaya …Alhamdulillah dah 4 org adik beradik saya yang join Vemma sebab saya dah yakinkan mereka yang Vemma ada masa depan.



Anugerah dalam S.M.A.T oleh Team V4U
POWER OF EVENT

Pada 9 November 2013 saya hadirkan diri ke VeMMA FastStart Training (VFT) anjuran VeMMA Malaysia…masa tu semangat saya lagi berkobar-kobar sebab tengok jutawan-jutawan VEMMA di depan mata kepala saya sendiri. Pada 10 November 2013 saya hadirkan diri keSMART training anjuran mentor2 kesayangan saya dari Team V4U…Alhamdulillah saya di beri sijil penghargaan kerana naik rank sebagai BRONZE LEADER. Banyak ilmu yang saya dapat pada hari itu…sampai balik… malam saya tak boleh nak tidur…sebab saya sangat2 teruja dengan VEMMA. Saya beri sepenuh perhatian pada bisnes yang saya ceburi setiap Ahad saya menghadirkan diri ke VeMMA HQ, PJ utk kutip ilmu bersama mentor2 Team V4U.




ZAMAN SEBELUM VeMMA

Sebelum saya bertemu Vemma kerja saya.. pergi pagi.. balik malam, kerja banyak tak habis-habis melayan 
pelbagai kerenah pelanggan. Sampai nak bersolat pun terpaksa curi masa. Hari-hari stress bekerja..bos nak naikkan pangkat pun saya tak terima dan akhirnya saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja secara sukarela dan menerima wang pampasan. Walaupun saya tahu ianya tidak mencukupi untuk membayar hutang yang sedia ada. Sebenarnya saya pun takut untuk berhenti kerja kerana saya tahu duduk di KL jika bekerja seorang memang tidak mencukupi. Setiap hari saya berdoa semoga di ketemukan peluang pekerjaan yang mana boleh membawa kepada kebebasan masa dan wang. Di samping dapat melihat perkembangan dan pembelajaran anak-anak di depan mata saya.

CABARAN MENGUATKAN SEMANGAT

Banyak cabaran yang saya lalui semasa menjalankan biz online Vemma ini…dengan masalah internet, laptop rosak, prospek yang negative dan lain-lain yang boleh menjatuhkan semangat saya. Tetapi saya tetap tidak berputus asa kerana saya tahu biz ini bolehmenjana keuntungan berlipat kali ganda dan menjamin kesihatan ibu dan keluarga saya. Saya percaya biz vemma ini mampu memberi masa depan yang baik buat saya dan keturunan .



100% PERUBAHAN HIDUP


Alhamdulillah… selepas saya bertemu dengan Vemma kehidupan saya 100% berubah di mana saya mendapat kebebasan masa dan kesihatan yang saya inginkan. Serta pendapatan yang lebih dari gaji dahulu. Suami dan anak-anak juga gembira kerana setiap masa saya bersama dan dapat memenuhi keinginan mereka!!!! Untuk diri saya sendiri juga saya berasa bertambah sihat dan tiada tekanan dari mana-mana pihak. Inilah kehidupan yang saya IMPIKAN selama ini.

Di atas kerjasama dalam Team V4U, saya telah berjaya mencapai tahap DIAMOND LEADER dalam masa 2 bulan. Bagaimana saya boleh success dengan begitu cepat???? Anda semua nak tahu????

Jawapannya….Niat yang ikhlas untuk membantu orang lain agar mendapat kesihatan dan pendapatan yang diingini. Mentor2 saya membantu menjalankan iklan berbayar untuk mendapatkan prospek. Setiap hari saya focus dengan follow-up spt email, sms dan membuat panggilan. Walaupun ada prospek yang negatif namun ianya tidak mematahkan semangat saya sebab saya tahu masih ramai lagi yang di luar sana masih berminat untuk berbisnes. Saya juga menduplikasikan segala formula yang saya belajar daripada MENTOR-MENTOR kepada downline saya.


Nasihat utk semua…

1) Ambil langkah pertama…kepada sesiapa yang belum upgred…upgred cepat “fast
action fast result”

2) Ikut cakap MENTOR.. boleh diajar, belajar dan mengajar

3) Sentiasa POSITIF..supaya semangat sentiasa bekobar-kobar utk Berjaya

4) Jangan putus asa.. sentiasa berhubung dgn upline dan MENTOR jika terasa diri
“DOWN”

5) Jgn Tanya berapa “INCOME” yang anda akan dapat kerana ANDA sendiri yang
tentukan

6) Beri masa pada diri sendiri utk belajar dan Berjaya.




Di kesempatan ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada EL Hasmi dan Basri, PL Rasyihah, DL Suzie, Enroller saya BL Shila kerana banyak membimbing saya. Tak lupa juga kepada anak/cucu saya dan adik beradik saya…Teruskan usaha jangan mudah putus asa...jumpa ANDA di puncak kejayaan.

Setakat ini sahaja perkongsiaan kejayaan saya untuk kali ini, saya serahkan semula kepada host kita pada malam ini.

Assalamualaikum & Selamat Malam.
Terima kasih semua….TOGETHER TO THE TOP!!!!!! Ooooooooooooooooooooo YES!




Success Coach: DL Ina Sali
Email:lingazlin@yahoo.com
mazlinalyna@gmail.com
fbook:ina sali
skype:lynalili772
Call/SMS: 010 895 8929
www.rahsiakejayaan.com/ina.sali

REKOD MELAHIRKAN RAMAI DIAMOND DI BULAN NOVEMBER 2013.....

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA SEMUA... 

LAMANYA TAK UPDATE BLOG... KALI INI NAK CITER TENTANG KEJAYAAN2 MEREKA YG BERADA DI VEMMA..


Alhamdulillah, Penghujung tahun 2013 dan awal tahun 1435 yang gemilang untuk Team V4U....
November 2013, ternokhtah dengan satu lagi pencapaian hebat oleh TEAM V4U apabila berjaya melahirkanEMPAT (4) ORANG DIAMOND LEADER SEKALIGUS. Satu pencapaian yang menyebabkan sejarah tercipta di Malaysia dan negara sekitar apabila 4 orang Diamond Leader lahir di BULAN yang sama dan dari TEAM yang sama...


Mengapa ini berlaku...... 

1) MATLAMAT Team V4U jelas atas motto - Together to The TOP and Nobody Is Left Behind.
- VeMMA - VeRVE - ViSION and ViCTORY @ 4V4U.

2) BIMBINGAN tanpa jemu......mentor2 yang lebih GHAIRAH membantu mereka yang ingin dibantu.
- Aktiviti Harian, Mingguan & Bulanan tersedia tanpa gagal untuk terus membimbing. 

3) DUPLICATE apa yang telah disediakan.....hanya ulang semula mengikuti jejak-jejak mentor. Kejayaan pasti diraih.

4) KEMAHUAN diri sendiri....mereka mempunyai IMPIAN dan sentiasa bergerak untuk mengapai impian.

5) MEMOHON bantuanNya....Hanya padaNya kita berserah.


Keempat-empat Diamond Leader yang terbaru (Nov'2013) adalah;

1) DL Mazlina Salikin @ Ina Sali
2) DL Norlizah Binti Jaaman
3) DL Marzura Ramli
4) DL Safliyanis Bt Mohd Masbah


DIAMOND LEADER INA SALI


DIAMOND LEADER NORLIZAH BINTI JAAMAN




DIAMOND LEADER MARZURA RAMLI



DIAMOND LEADER SAFLIYANIS BINTI MOHD MASBAH

Oooooooooooooooooooooooooo YES! Tahniah daripada kami semua di Team V4U atas kejayaan anda semua........semoga lebih ramai lagi akan mengikuti jejak-jejak anda semua....

Bravooooo Leaderssssss & Terimakasih Mentors.........




MENTOR2 TEAM V4U........


SEMOGA KEJAYAAN TERUS MENYUSUL & BERSAMA TEAM V4U..AAMIIN....


Success Coach: DL Ina Sali
Email:lingazlin@yahoo.com
mazlinalyna@gmail.com
fbook:ina sali
skype:lynalili772
Call/SMS: 010 895 8929
www.rahsiakejayaan.com/ina.sali



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...